Assalamulaikum dan salam sejahreh,semoga kita semua dalam limpah kurnia ALLAH S.WT.merungkai kembali kenangan manis aku melukis bersama2 dengan seorang Pelukis yang tak asing lagi beliau ialah Latif Maulan..seorang pelukis berbakat besar dalam aliran Realism painting,sama ada potrait,fugure,still live.ingin aku menceritakan sedikit sebanyak perkenalan aku dengan beliau(Latif Maulan),perkenalan ku bermula di internet,dengan tidak sengaja aku melihat hasil karya karya beliau yang memukau,detail dan realsim,aku tergamam buat seketika,betul ke ni lukisan karyanya,SubhanaALLAH,riel betul.mcam tak percaya hasil karya Lukisannya begitu realistik lebih2 lagi lukisan lukisan Still livenya membuat aku terlopong dan kagum mengamati setiap kali lukisannya,palitan dan campuran colour di dadah canvas membuatkan aku bertambah semangat melukis di Rumah walaupun aku terikat kerja dengan orang lain,setiap mase yang terluang aku habiskan dengan melukis dan melukis,belajar dari karya beliau,macam mana aku nak lukis serialism macam beliau,Namun aku tetap tidak berpuas hati dengan sekadar meniru,bermakna tidak ada aura kalau sekadar meniru hasil karya seseorang tanpa berguru depan mata sendiri.,
Melihat dari profile beliau,ternyata beliau seorang pelukis yang tinggal di Bentong ,Pahang,Rumah aku kat gombak,so tak la jauh sangat Gomabak Ke Bentong,tapi mase tu aku stay kat Kedah,bekerje dengan orang,so bile time cuti skul aku gagahi jugak pergi berjumpe sendiri ke Bentong sebab beliau sudih untuk mengajar aku melukis supaya faham skill dan teknik untuk menghasilkan karya yang Realism,ALHAMDULILLAH impian aku tercapai jugak ,impian jadi kenyataan aku menjadi salah seorang anak muridnya,hanya Tuhan sahaja la yang tahu perasaan aku ketika itu,Beliau peramah orangnya,tidak kedekut ilmu,segala teknik dia ajar,dan menggalakkan aku supaya serius melukis bersamanya,banyangkan aku melukis tanpa henti dari siang ke malam,tolak solat,sambung balik melukis,,kire melukis je kejenye,,best yang tak terhingga,,mula2 aku tak tahu nak lukis apa bila aku bersama beliau di Studionya(Rumah),beliau galakkan akau melukis still live,lukisan yang simple tetapi realism itu maksud beliau,,aku cube melukis bersamanya,kami melukis bersama2 sampai ke pagi,,,huhuhu gila punya kerja,,yela nak jadi pelukis kene macam ni,,tak kire masa nak melukis kene juga ada painting,bukan painting tu nak di jual tu matlamat sebenar,Aku berjumpe dengan beliau 2 kali ,bermakna aku menuntut dengan beliau agak lama jugak la,,pertama kali aku pergi berjumpa dengan beliau aku stay 2 minggu,,kejap je mase 2 minggu tue,,,tak puas lagi aku jumpe sekali lagi melukis bersama2 selama 1 bulan ,,fuhhhh lame tu,,betul kate beliau kalau nak faham betul2 kene Stay 1 bulan da cukup ,,alhamdulillah mase yang terluang aku dapat bercuti selama 1 bulan,aku luangkan mase belajar dengan beliau,bukan belajar free tau,,dunia sekarang semua duit,biase la tu,,alhamdulillah segala nasihat dan didikan yang beliau berikan akan aku gunakan sebaik mungkin.aku da faham dan bagaimana mengahsilkan karya Realism,,tapi tak la sehebat GURU ku(Latif Maulan) bnyak lagi aku kene menuntut dengannya tetapi buat mase sekarang aku dah jumpe sebab kerje yang agak sibuk.sekian serita serbah sedikit aku muatkan dalam blog aku,selamat maju jaya buat sifu LATIF MAULAN kerana pada bulan 10/2011 yang lalu Beliau telah merialisasikan impiannya mengadakan Pameran SOLO nya..untuk melihat lebih lanjut tentang karya Realism Beliau sila anda view ke Latifmaulan.blogspot.com...sekian .
SDR ..Abd Rashid 2008
Beliau merupakan seorang pelukis Potrait di sebuah gallery di p.pinang miliknya.perkenalan aku dengan beliau pada tahun 2008.mase tu aku kerje di Kedah..terdetik di hati aku teringin sangt nak berguru dengan salah seorang pelukis potrait,sebab minatku yang cukup mendalam dalam pemotretan lukisan,aku gagahi ke p.pinang saje nak usha kot2 ada pelukis melayu di kawasan tersebut,,alhamdulillah ada juga ..mula mula aku tanya kat drive bus Rapid ade x pelukis kat area sini ,,die kata ada,,ok berhenti kat area tu ,,Bile jenguk gallery Beliau(Pakcik Rasyid) teruja sangat saya melihat dan menatap hasil karyanya,,sama ada lukisan hitam putih medium pensel cantik dan ada style tersendiri,bahkan lukisan potrait medium oil paintingnya buat aku tergamam,kagum.saya bertanyekan padanya boleh ke saya berguru,,,alhamdulillah bile2 free datang je belajar ,,jawap beliau pada ku,,aku belajar dengan beliau ketiak musim cuti keje hari jumaat dan sabtu,,ulang alik dari Kulim ke P.pinang,,seronok jugak jalan2 cari ilmu,,bukan jalan2 makan angin,
setiap hujung minggu cuti keje aku pergi menuntut,apa yang aku belajar mula2 berkenaa basic drawing..basic draw amat penting dan kene ambik berat ,klo tak faham yang ni maka separuh jalan je kita dapat melukis wajah manusia,Beliau amat peramah ,tidak lokek ilmu,beliau memberi tunjuk ajar dan latihan agar aku betul2 memahami asas asas melukis potrait(wajah manusia),,alhamdulillah aku pub faham apa yang di ajar beliau padaku,sekurangnya aku tak pening nak start melukis muke orang ..belajar dengan orang tu yang penting,skill dan style biarlah kita jadi diri kita sendiri katanya..alhamdulillah aku mulai faham apa yang di namakan stroke,rabbing,tone wajah supaya wajah orang yang kita lukis tidak flat,maksudnya kena timbul mimik muke sebuah lukisan potrait yang kita hasilkan.tapi sayang aku tak dapat sambung melukis menggunakan medium oil painting kerana jadual kerja ku yang tak mengizinkan aku belajar tentang colour..apepun bersyukur kerana aku dapat berguru dengan beliau tentang potrait wajah manusia..itupun bagi aku sudah memadai selebihnya aku yang kene bersungguh sungguh berlatih dan melukis mencari skill sendiri,,alhamdulillah sekarang aku tahu arah lukisan potrait ku..Terima kasih buat ke dua Guru ku yang bnyak mendidik aku ketika umur ku pada ketika itu berusia 22 tahun.wssalam. sekian terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan